Sunday 1 May 2016

Warna air kencing yang perlu dikenalpasti !

Assalamualaikum ,hai !

 Harinie fiqa nak share tentang bende yang memang kita tidak dapat tahan ...bende ni wajib kita buat setiap hari dan tak elok jika kita menahan nanti penyakit menyerang sebab fiqa pernah mengalami dan perit sakit tu memang perghh sampai fiqa pengsan kat event sebab menyerang secara tiba-tiba ...time tu event besar pulakk tibe2 pagi tu fiqa elok je breakfast dengan staff2 then tibe2 fiqa pergi jage booth, fiqa rase nak pitam n tekak loyaa sgt ,mmg fiqa trpksa tgglkn booth berlari ke toilet dan fiqa muntah2 ,then pergi balik booth kawan tego muka fiqa pucat sangattt ..mmg fiqa tak bermaya langsung time tu ..memang org kate spoil mood la !event kot ..tapi bende tak duga ,fiqa terus call ibu fiqa suruh amek kat matic then ibu & abg fiqa datg amek dlm kereta habis fiqa muntah2 mmg tak dapat nak control dan pinggang fiqa sakit gilaa time tu ..airmata tak dapat nak tahan punya la sakit igtkn keracuan or appendik terus bawak g hospital KL bwk ke kecemasan ,amek darah,check air kencing, doktor picit2 pinggang aku mmg meraung aku kat dlm tu..doctor syak aku batu karang..dia bg ubat then kalau xelok dlm masa 2 hri dia akan buat operation..lagila aku nangis bende aku paling takut ..malam tu sakit makin menjadi walaupon dh mkn ubat tahan sakit..mmg nk g hospital fikirkan pasal operate fiqa tahan jugakk ..menitik nitik air mata keluar tahan sakit..tapi Alhamdulillah 2 hari lpstu elokk lps amalkan mkn lobak putih rebus,minum air barli & air tembikal cmpur gula batu...tp kdg2 ade gak dtg menyerang tapi sekejap2 tak sakit mcm tu tapi harap tak datang dahla ..sakit diaaa mmg menyeksakan...so that's why org kate jgn tahan kencing,bahaya!lepas kejadian tu fiqa tak berani nak tahan kencing...  

Kita selalu perasaan air kencing kita, kadang-kadang putih jernih, kadang-kadang kuning. Ada masa tertentu, kuningnya sangat pekat. Belum lagi warna air kencing yang pelik ketika hamil. Ada juga yang menghidapi air kencing kotor.
Warna dan bau air kencing membawa makna yang penting tentang status kesihatan anda. Buah pinggang ialah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kencing. Warna kuning pada air kencing pula disebabkan oleh pigmen yang disebut urochrome Warna air kencing yang normal ialah kuning pucat.

Ini saya ade nak kongsikan daripada sumber Klinik Cleveland di bawah ini sangat berguna. Dengan ini,anda boleh ketahui warna air kencing anda dan  selepas melihat ini jika anda bimbang tentang warna air kencing anda, disyorkan agar berjumpa doktor dengan segera untuk membuat pemeriksaan lanjut.





No comments:

Post a Comment